Ikan sukan Siakap

Ikan Siakap amat dihargai oleh para pemancing kerana keupayaan melawan mereka serta daya juangnya yang tinggi. Ikan Siakap dikatakan amat bijak mengelakkan jaring dan selalunya ditangkap dengan menggunakan kaedah memancing. Di Australia, ikan Siakap digunakan untuk mengisi takungan air tawar untuk tujuan sukan memancing.

Ikan siakap semakin popular sebagai ikan tangkap dan bebas. Ikan Siakap terkurung dalam takungan adalah seperti di dalam Tasik Tinaroo, berhampiran Cairns di Atherton Tablelands, Empangan Peter Faust berhampiran Whitsundays, Empangan Teemburra berhampiran Mackay, Tasik Moondarra berhampiran Gunung Isa, Tasik Awoonga berhampiran Gladstone, dan Tasik Monduran sekitar sejam memandu ke selatan dari Tasik Awoonga.

Teknik memancing ikan Siakap kebanyakannya berkait dengan cara menggewang pelbagai jenis umpan termasuk umpan lembut dan keras. Menunda juga digemari dan merupakan teknik produktif bagi ikan siakap.

Ikan siakap terkurung juga merupakan sasaran popular dengan umpan permukaan kerana ia diketahui makan sebarang jenis makanan dari permukaan air termasuk katak, ikan umpan cedera dan malah anak angsa dan burung yang lain.

Bunyi 'boof!' jelas apabila ikan siakap makan di permukaan mudah dikenali dan bergema pada jarak yang jauh ketika waktu malam yang sunyi.

Ramai kaki pancing mengembara ke kurungan ikan siakap Queenslands untuk menangkap ikan siakap yang sukar 'metrey', ikan siakap yang berukuran melebihi satu meter dan seberat anatara 10 kg - 25 kg, bergantung kepada tahap lemak.

Apabila termakan umpan, ikan siakap sering kali melompat keluar dari air sebanyak beberapa kali sepanjang pergelutan dan membuat larian jauh yang berkuasa. Ini menjadikannya sebagai spesies sasaran popular.

Kualiti makan bagi ikan siakap terkurung agak rendah, dengan tahap sekitar 1.5/5 pada skala bintang.

Isi ikan siakap ini memiliki rasa 'berlumpur' disebabkan ikan siakap menghabiskan hayatnya dalam persekitaran air tawar, berlumpur, sungguhpun terdapat resepi yang mendakwa menghilangkan atau menutup rasa berlumpurnya.